dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bazar Raya NADI 2026

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Alhamdulillah, Bazar Raya NADI 2026 telah selesai dengan jayanya!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua usahawan yang membuka jualan, serta komuniti yang hadir memeriahkan bazar kali ini. Kehadiran anda semua menjadikan suasana lebih meriah dan penuh kemeriahan menjelang Aidilfitri.

Tahniah kepada anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna. Kreativiti dan semangat yang ditunjukkan memang terbaik!

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sporting menyertai pertandingan anyam ketupat — memang macam-macam ragam dan gelagat yang mencuit hati!

Tahniah juga kepada semua pemenang pertandingan serta mereka yang bertuah memenangi cabutan bertuah. Semoga hadiah yang diterima dapat menambahkan lagi kegembiraan menjelang Hari Raya.

Pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tabung Haji Bagan Serai yang membuka kaunter bergerak untuk kemudahan komuniti sepanjang program berlangsung.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Bazar Raya NADI 2026 di NADI Gunung Semanggol. Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan komuniti dan menyemarakkan semangat kebersamaan.

Jumpa lagi di program NADI yang akan datang!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.